Beliau telah memulakan kerjaya pertama beliau sebagai
Executive Logistic dengan pendapatan hanya RM 1,800 sebulan mula berfikir untuk
mencari jalan keluar dari kelompok kemiskinan demi membantu keluarga. Pada umur
yang sangat muda da baru setahun jagung dalam industry networking, beluai telah
pun berjaya memperolehi pendapatan terkumpul yang meletakkan beliau sebagai
jutawan dalam masa luar biasa singkat. Sungguh hebat dan luar biasa aura anak
muda ini tatkala di tembual oleh wartawan Media Sukses beliau yang juga
menyandang pangkat Kenshido Millionaire Club (KMC) di syarikat Kenshido
International yang mengungguli pasaran dalam produk e-pendidikan, Score A
Programe.
Mohd Anis Bin Sheik Daud atau nama panggilannya Anis adalah
seorang graduan dari Universiti Utara Malaysia dalam bidang Business
Administration (BA) merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Kishan yang
telah menemukan beliau dengan program Score A ini, Pendapatan luar biasa yang
diperolehi hari ini adalah dari bantuan sifunya yang sangat beluai hormati dan
sanjungi iaitu En Aziz Samad da Puan Maya juga seluruh keluarga besar ZRB
beserta teman-teman beliau dari rangkaian Elevation Group yang bernaung dibawah
ZRB. Segala-galanya bermula lebih kurang 2 tahun yang lalu pada bulai Mei 2010
yabg mana beliau memperoleh pendapatan mencecah RM 10,00 sebulan merundum
sehingga Rm 1,00 sebulan. Tetapi hasil sokongan yang berterusan dari Ayahanda
Aziz Samad serta Puan Maya dan rakan-rakan seperjuangan, beliau telah berjaya
sendiri yang dikenali dengan nama Elevation Group dibawah daungan ZRB pada
julai 2010.
Pada asalnya rangkaian Elevation Group telah ditubuhkan di
Kalng dengan hanya seramai 10 orang kini telah mempunyai ahli seramai 1000
orang dan telah pun mempunyai empat cawangan yang bertempat di jalan Ipoh,
Seremban, Melaka dan Johor yang di buka pada tahun ini. Beliau juga berazam
untuk membuka dua lagi cawangan baru pada tahun ini yang bertempat di penang
dan kedah. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada teman
rapat beliau juga merupakan tulang belakang beliau serta seorang yang banyak
member kata-kata semangat kepada beliau iaitu Cik Pavitra Devi a/p Parma sevam.
Bagi beliau perniagaan Scora A ini sangat mudah untuk dilakukan,
asalkan segala kursus dan system yang diajar serta diikuti dan di peraktikkan
dengan betul juga bersistematik dan berterusan pasti kejayaan akan menyusul
dikemudian hari. Dengan berkat dan semangat yang membara serta kata-kata semangat yang
dibekalkan oleh En Aziz Samad iaitu ‘kalau mahu berjaya harus berani gagal
kerana bukan pendapatan 5 angka yang kita kejar tetapi kita mengejar kehidupan
bertaraf jutawan’ beliau telah berjaya memasuki Elite Club pada Februari 2011
yang mana syarat kelayakan untuk memasuki Elite Club ialah mendapat pendapatan
bulanan minimum RM 25,000 sebulan selama 3 bulan berturut-turut. Sangat luar
biasa pencapaian anak muda ini.
Mengimbau kenangan sewaktu baru diperkenalkan dengan program
Scora A ini beliau telah ditentang hebat dari kalangan kelarga terdekat.
Atetapi dengan semangat yang tinggi beliau sanggup meminjam wang sebanyak RM
1,788 dari abang beliau dan meninggalkan pekerjaan asal beliau hanya selepas
sebulan menyertai program ini. Umum mengetahui kos sara hidup yang tinggi dan
semakin hari semakin meningkat pada waktu ini lebih-lebih lagi jika tinggal dan
bekerja di kawasan Lembah Klang.
Namun hari ini, beliau yang merupakan anak keempat dari adik
beradik telah memperolehi pendapatan lebih dari RM 60,000 sebulan sudah mampu
mempunyai sebuah kereta mewah berjenama BMW 3siri. Diwaktu perniagaan yang
diceburinya semakin berkembang pesat, beliau kini sedang merancang untuk
menambah koleksi kereta mewahnya iaitu sebuah Chevrolet Camero yang merupakan
salah sebuah kereta idaman beliau. Katanya lagi, beliau juga sedang berusaha
untuk menyediakan sebuah bangle idaman bagi keselesaan kedua ibu bapanya bagi
menunaikan rukun islam ke 5 iaitu mengerjakan ibadat haji pada tahun hadapan.
Sebelum Mengakhiri temubual, ternyata anak didik kepada
Ayahanda dan juga Ikon Kenshido ini mempunyai semangat juang yang tinggi demi
menghadapi cabaran juga rintangan yang pelbagai dalam industry multi level
marketing pada hari ini. Dan semangat ini seharusnya di contohi generasi belia
yang lain. Beliau juga berpegang pada kata-kata semangat yang selalu dilaungkan
oleh beliau kepada rakan niaganya yang berbunyi “I WILL NEVER SURRENDER”.
No comments:
Post a Comment