KESUNGGUHAN



Satu Permulaan Yang Telah Merubah Kehidupan Saya

Vickneswaren atau nama panggilannya Vicky adalah seorang graduan dari Sunway Kolej dalam bidang Business Administration Association (ABE) berkata, pendapatan luar biasa yang diperolehi hari ini adalah perkongsian upline nya yang sangat beliau hormati iaitu Dr Kartigeasu a/l Muthaya. Segala-galanya bermula lebih kurang 3 tahun lepas di hotel Istana Klang. Beliau yang pada ketika itu bertugas di EDS dengan gaji RM 2,200 hanya mahu membuat pendapatan sampingan sahaja dalam perniagaan ini. Tetapi hasil sokongan yang berterusan dari DR. Karthigaesu dan rakan-rakan seperjuangan, beliau telah berjaya mendapat pendapatan bulanan sebanyak 5 angka dalam masa 3 bulan sahaja. Sungguh luar biasa.

Beliau Yang juga pernah menimba pengalaman bekerja sambilan di salah sebuah hotel di Glenmarie, Pan Pacific, Hotel berkata, perniagaan Score A ini sangat mudah untuk dilakukan asalkan segala kursus dan system yang diajar diikuti dan diperaktikan dengan betul sistematik dan berterusan pasti kejayaan akan menyusul. Berkat semangat membara, beliau berjaya memasuki Elite Club pada tahun 2009 yang mana syarat kelayakan untuk memasuki Elite Club ialah mendapat pendapatan bulanan minimum RM 25,000 sebulan selama 3 bulan berturut-turut. Sangat luar biasa pencapaian anak muda ini.

Mengimbau kenangan sewaktu bekerja makan gaji, walaupun berpendapatan RM 2,200 sebulan dan masih bujang, beliau hanya mampu mempunyai sebuah kereta Proton Satria terpakai dengan bayaran bulanan RM 282 sebulan. Umum mengetahui kos sara hidup yang tinggi dan semakin hari semakin meningkat waktu ini lebih-lebih lagi jika tinggal dan bekerja di kawasan Lembah Klang. Namun hari ini, beliau yang berpendapatan lebih RM 40,000 sebualn sudah mampu mempunyai sebuah kereta mewah Mazda RX8. Malah, apabila melihatkan perniagaan yang semakin pesat berkembang, beliau merancang untuk menambah koleksi keretanya dengan membeli sebuah lagi kereta idamannya iaitu BWM 5 series. Katanya lagi, beliau juga menyimpan hasrat untuk mempunyai sebuah kereta idaman hampir kesemua lelaki di dunia ini iaitu Ferrari F430. Luar biasa Hebat.
Walaupun berada di puncak yang tinggi dalam perniagaannya, dengan pendapatan yang luar biasa, beliau tidak pernah melupakan rakan-rakan seperjuangan waktu susah dan senang dahulu. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Prasad, Meerun dan Logan yang telah banyak memberi sokongan dan menjadi tulang belakang ke atas kejayaan beliau hari ini. Katanya lagi sewaktu temubual yang diadakan di Manhattan Steak House Plaza Kelana Jaya, beliau berazam mahu menaikkan pendapatan rakannya ini dan seluruh rangkaiannya untuk sekurang-kurangnya dengan pendapatan pasif Rm 25,000 sebulan.

Sewaktu temubual juga beliau menunjukan kepada wartawan sukses akan pejabat barunya yang terletak bersebelhan dengan Manhattan Steak House. Beliau menambah lagi, pembukaan pejabat barunya itu yang diberi nama Legacy Millionaire World adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi jaringan perniagaannya yang semakin rancak berkembang sejak beliau layak memasuki Kenshido Millionaire Club pada tahun lepas dengan jumlah pendapatan terkumpul Rm 1.5 juta. Berikutan itu juga beliau merasakan inilah masanya untuk mengembangkan perniagaannya di sekitar Lembah Klang setelah beberapa bulan pejabatnya Legacy di Sabah beroperasi dengan ligat untuk pasaran Borneo.

Sebelum mengakhiri temubual, ternyata anak muda yang kacak ini, mempunyai semangat juang yang tinggi dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang pelbagai dalam industry MLM hari ini. Dan semangat ini seharusnya di contohi generasi belia yang lain. Kata-kata semangat ini di laungkan oleh seratus orang rangkaiannya yang turut sana memberi sokongan swaktu temubuak berlangsung. “Legacy we roar!, Legacy we rock! Hebat!.

No comments:

Post a Comment