Thursday, 10 May 2012

Siapa kita dulu tak penting....!!


Jutawan Muda...En.Mohd Faiz

Dari bulan ke bulan, dari tahun berganti tahun pun tidak berubah...Malah ada yang kene buat bajet setiap hari, biasalah kan? Tetapi mereka begitu senang memberi alasan apabila peluang menghampirinya. Sedangkan kebanyakan kita semua mengetahui bahawa 9/10 punca rezeki adalah dari sumber perniagaan. Buktinya apabila kita melihat orang-orang kaya, jutawan dan sebagainya. Mereka menjadi kaya serta berkehidupan mewah adalah melalui bidang perniagaan. Kali ini, Multi Millionaire Club (MMC) iaitu En.Mohamad Faiz & NoorLyana Aziz..inilah jutawan muda Score A Programme..Menurut mereka, jelas untuk menjadi kaya dan berjaya dari segi kewangan adalah dengan berniaga.Persoalannya, perniagaan apa yang nak dilakukan bagi kita yang serba kekurangan..Kebanyakkan perniagaan bukan sahaja memerlukan ilmu dan pengalaman, malah perlukan modal yang besar, perlu kenalan dan lokasi perniagaan yang strategi. Jadi adakah anda mempunyai semua ini..?Kalau tidak ada, lupakan sahaja hasrat untuk bersaing di dunia korporat. Bukan untuk menakutkan anda, tetapi inilah hakikat sebenar jika benar anda ingin mulakan perniagaan konvensional. Atas faktor di atas, maka Network Marketing adalah medium yang paling sesuai untuk dijadikan platform yang terbaik bagi orang miskin untuk mengubah ke arah yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang.

"Siapa kita dulu tak penting!" itulah ungkapan keramat multi millionaire ini yang sentiasa di pegang dan laungkan sehingga saat ini. Ungkapan itu jugalah yang membuatkannya jadi seperti sekarang iaitu orang yang berjaya. " Saya dilahirkan bukanlah dari keluarga hartawan ataupun bangsawan. Saya hanyalah insan biasa seperti majoriti manusia yang lahirnya dari orang kebanyakkan."

Beliau merupakan anak kedua dari lapan beradik dan dibesarkan di PPR yang sewa bulanannya hanya RM128 yang adakalanya ibubapa terpaksa menangguh bayaran sewa atas masalah kewangan yang dihadapi. Beliau berkelulusan SPM dan pernah bekerja di sebuah syarikat insurans sebagai seorang kerani fail dengan pendapatan RM1000 sebulan. Baginya ia bukanlah satu angka yang besar untuk meringankan beban keluarga. Pada sebelah malam pula, beliau bekerja part-time sebagai "Tayarman" iaitu tukang tukar tayar pancit di sekitar Damansara semata-mata untuk mencari duit tambahan, itupun bukanlah pada setiap malam. Bagaimanapun, beliau telah berhenti kerja tersebut selepas mengalami sebuah kemalangan. Baginya, dugaan yang dihadapi amatlah besar dan niat di hati untuk meringankan beban kedua ibu bapa tetapi sebaliknya.
Gambar bersama isteri tercinta.....

Apa pun, beliau sangat bersyukur kerana desakan, dorongan dan semangat yang diberikan oleh insan yang bernama Noorlyana Binti Abdul Aziz(isterinya) yang bertungkus lumus mahu dirinya merebut peluang ini. Sebelum bersama dengan peluang ini, kami elah melakukan pelbagai aktiviti untuk menampung keluarga seperti menjual air dan makanan ringan di Dataran Merdeka pada setiap kali keraian diadakan di situ. Kini mereka menjadikan perniagaan Score A ini  sebagai kerjaya tetap. Tidak pernah kenal erti jemu dan penat kerana di Score A Programme lah bermulanya Revolusi dalam kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment