Dr. Karthigaesu Muthaya atau lebih mesra dikenali sebagai Dr.K adalah salah seorang usahawan yang berjaya dalam bidang e-learning yang telah dinobatkan sebagai 'Crown Manager' dalam Kenshido. Dr.K juga merupakan salah seorang ahli di dalam Kenshido Multi Millionaire Club. Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di Kulim, Kedah. Beliau telah memulakan pengajian di Unniversiti Pertanian Malaysia (UPM) di dalam jurusan Pembangunan Sumber Manusia. Selepas berjaya mencapai M.Sc dalam jurusan tersebut beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Napier, Scotland- Phd dalam 'Future Strategy in Higher Education'. Selepas menamatkan pengajian beliau, Dr.K telah memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Lim Kok Wing of Creative Technology dan dalam tempoh yang singkat beliau telah mengetuai institusi pembelajaran perniagaan dalam institusi pengajian tinggi swasta cemerlang di Malaysia.
Dengan pengetahuan yang begitu meluas di dalam bidang
pendidikan sumber manusia dan strategi pengurusan keusahawanan, Dr. K telah
menceburi dan melibatkan diri secara langsung dalam program e-Learning atau
lebih dikenali dengan nama ‘SCORE A’. Dan setelah 17 bulan menjalankan
perniagaan ini, beliau telah dinobatkan sebagai ‘Jutawan’ dan sehingga ini,
beliau masih lagi aktif membantu dan memberi tunjuk ajar kepada setiap golongan
bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan – usahawan berjaya.
Untuk berjaya seorang usahawan yang berjaya, seseorang itu
perlu berani mengambil risiko dan menghadapi cabaran. Inilah yang dilakukan
oleh Dr. K. Beliau telah menentang semua kemungkinan dan mengambil risiko bagi
menghadapi cabaran dalam perniagaan dengan membantu rangkaiannya mendapat ilmu
pengetahuan, perkembangan dan inovasi bagi kemajuan dan keselesaan dalam hidup
mereka.
Semasa Program ‘Score A’ diperkenalkan, Dr. K yang
sememangnya di dalam bidang akademik telah melihat potensi program yang unik
ini begitu meluas. Dengan ilmu yang ada, beliau segera memutuskan untuk
menyertai Kenshido International bagi turut sama mempromosikan Program ‘Scora
A’ dengan satu matlamat yang mulia, membantu para pelajar meningkat dalam
pembelajaran dan mendapat keputusan yang lebih baik dan cemerlang.
Hari silih berganti. Berkat hasil usaha dan kerja keras Dr.
K, hari ini rangkaian beliau berkembang dengan pesat. MindWealth merupakan
salah satu rangkaian yang terbesar di dalam Kenshido International. Dr. K
dengan gembiranya mengembara ke seluruh Tanah Air bagi membantu dan menyokong
semua rangkaian beliau tidak kira lama atau baru. Beliau seringkali member
latihan dan tunjuk ajar kepada rangkaiannya tidak mengira waktu, tidak memilih
bangsa. Semangat 1 Malaysia yang ditonjolkan ini menguatkan lagi ikatan
persaudaraan di dalam rangkaian beliau.
Rahsia kejayaan Dr. K disebabkan kepercayaan. Beliau
sentiasa percaya pepatah Peter Drucker bahawa ‘Jalan terbaik meramalkan masa
depan adalah dengan mewujudkannya’. Jika setiap individu mempercayainya nescaya
masa depan setiap orang pasti berjaya.
No comments:
Post a Comment