![]() |
Majoriti orang tidak minat buat networking, tapi semua orang minat dan te.rpaksa buat duit untuk keperluan dan kehendak kehidupan. Bila sebut sahaja Network Marketing atau MLM, berbagai tanggapan buruk bermain di minda mereka yang mendengarnya. “Sistem Piramid, Skim Cepat Kaya, Jualan Langsung, head hunting, ponzi dan bermacam- macam lagi pandangan negatif.” Itulah ungkapan yang sering didengar apabila cuba diperkenalkan kepada orang ramai atau prospek. Dan kebanyakan prospek menggambarkan seolah-olah MLM tidak sah di sisi undang- undang serta mengandungi elemen penipuan yang melibatkan ratusan juta ringgit. Bagi menghadapi era globalisasi yang serba mencabar ini ramai di antara kita yang membuat keputusan untuk mencari pendapatan sampingan. Atas dasar tersebut maka lahirlah pelbagai skim perniagaan seperti perniagaan berbilang tingkat, perniagaan berangkai, skim cepat kaya dan pelbagai lagi skim yang mungkin kita tidak tahu akan kesahihannya di dalam bidang perundangan dan yang halal dalam perspektif Islam.
Bergambar bersama rakan-rakan...
Puan Adrina, Sifu Imran Abdul Hadi, En.KhairulNizam
No comments:
Post a Comment