Sunday, 13 May 2012

Menggapai impian Jutawan...

Gambar bersama Puan Monaliza


Encik Farid cuba bersalaman dengan sifu Aziz...

Saya sangat kagum dengan sepasang suami isteri ini yang penuh dengan jiwa semangat mereka. Beliau adalah Puan Monaliza dan Encik Fareed Gereek. Menurut Puan Monaliza, pada peringkat permulaan bersama dengan perniagaan ini, beliau terpaksa berulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk mempelajari cara dan bagaimana untuk menjalankan perniagaan MLM ( Meniaga Lain Macam) ini kerana inilah syarikat Network Marketing pertama yang diceburi sepanjang hidupnya.

Dan bermula dari saat itulah beliau bertemu dengan dua insan hebat lagi istimewa tidak lain tidak bukan Sifu Aziz Abd Samad dan Jutawan muda Tn.Haji Imran Abdul Hadi. Beliau juga sentiasa ingat akan kata-kata sifu, matlamat tak menghalalkan cara dan jangan bina istana atas kuburan orang lain. Tanpa menoleh ke belakang, Puan Monaliza terus bersama-sama uplinenya iaitu Pn.Zakiah, En.Shah Jutawan muda Tn.Haji Imran.

Suaminya pula, lebih dikenali dengan En.Fareed sememangnya cukup menyampah dengan Multi Level Marketing. Pada masa tersebut beliau sangat berfikiran negatif dan sempit kerana tidak pedulikan soal duit, maklumlah beliau mempunyai perniagaan catering sendiri yang agak berjaya tetapi selpas menghadirkan diri ke seminar usahawan wave ke5 anjuran Sifu Aziz Samad dan Jutawan muda Tuan Haji Imran, barulah beliau menyedari industri ini sangat mulia dan murni. Menurut beliau, dahulu semasa berniaga, wang memang tiada masalah tetapi beliau tidak mempunyai masa. Banyak masa dihabiskan untuk menguruskan perniagaan.Malah terpaksa melayan kerenah pekerja yang bermacam ragam. Baginya perniagaan seperti ini memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.Tetapi kini, dengan hanya modal yang sangat rendah, tidak memrlukan pengalaman, tidak memerlukan pendidikan yang tinggi dan juga telah menarik minat beliau untuk melakukannya secara komited. Kelebihan produk yang sangat unggul dan unik serta diiktiraf oleh tiga belas menteri kabinet dan juga didorong oleh syarikat yang sudah kukuh dan mantap, ditambah pula oleh pelan pemasaran yang telah diiktiraf kepatuhan syariah dan berada di kumpulan yang betul. Tanpa memikir panjang dan dengan pantas, beliau terus bersama dengan isteri tercinta, Puan Monaliza Mat Tahir dan terus berusaha tanpa mengenal erti penat untuk terus menimba ilmu. Selepas dua tahun berada di dalam Program Score A ini, kami telah dinobatkan sebagai jutawan. Namun yang lebih penting, matlamat utama mereka adalah melahirkan lebih ramai jutawan dalam rangkaian.

1 comment:

  1. Congratulations to you both for dreaming of reality

    ReplyDelete