Monday, 14 May 2012

Murali Darvin “Jutawan Di Usia 24 Tahun”

Kerjasama....dari kiri, Sifu Aziz Abd Samad, Mr.Jason Kok dan Mr.Murali Darvin

Pada umur 27 tahun beliau telah pun berjaya memperoleh pendapatan terkumpul melebihi RM 2 juta dan mempunyai asset berupa dua buah rumah, sebuah rumah kedai, sebuah kereta Mazda RX8 dan berbagai lagi yang bernilai juga melebihi RM 2 juta. Kehebatan luar biasa dan juga aura anak muda terserlah tatkala di temubual oleh wartawan Media Sukses di Sunway Borneo Rainforest. Beliau yang juga menyandang pangkat Multi Millionaire Club (MMC) di syarikat Kenshido International merupakan Multi Millionaire yang termuda.

Murali Darvin atau nama panggilannya adalah anak bongsu daripada 3 orang adik – beradik inni telah memulakan kerjaya pertamanya pada umur 15 tahun sebagai house keeping di Sunway Resort dengan pendapatan pertama RM 4 Setiap jam. Seterusnya pada umur 18 tahun beliau telah bekerja di Dome CafĂ© sebagai seorang pelayan dan memperoleh Rm 1,200 sebulan. Pada umur 19 tahun pula beliau mula berkhidmat di sebuah syarikat francais iaitu Domino’s Pizza sebagai staff biasa dengan pendapatan RM 1,300 sehingga diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan Call Centre Manager pada umur 22 tahun dengan bayaran RM 1,800 sebulan. Dengan berkat kesabaran beliau berjaya membeli sebuah Produa Kancil pada waktu itu. Beliau juga pernah berkhidmat di EDS bertempat di Cyber Jaya sebagai IT Support Executive selama 6 bulan dengan pendapatan RM 2,200 sebulan juga mampu memiliki sebuah Proton Waja.

Pada Hari ini, dengan usaha gigih dan berkat sokongan dari kedua ibu bapa beliau kini mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM 100, 000 sebulan. Beliau memulakan perniagaan bersama Kenshido ini pada bulan jun 2008. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mr. Vivkneswaren yang telah mengenalkan perniagaan ini kepada beliau. Pada bulan jun 2008 juga beliau telah berhenti kerja dan memulakan perniagaan ini sepenuh masa. Dengan modal awal sebanyak RM 1,788 yang dipinjam daripada 7 orang kawan.

Berkat usaha yang gigih beliau telah berjaya meraih pendapatan sebanyak RM 12,000 hanya dalam tempoh empat bulan pertama. Pada bulan Disember 2008 beliau telah berjaya memegang jawatan Crown Manager yang termuda dengan pendapatan RM 25,000 sebulan. Pada Bulan jun 2009 beliau sekali lagi mencipta sejarah dengan menempatkan diri dikalangan Kenshido Millionaire Club (KMC) pada usia 24 tahun dan memperoleh pendapatan bulanan lebih RM 80,000 sebulan. April 2011 sekali lagi sejarah dicipta apabila beliau berjaya berada di kalangan jutawan-jutawan hebat dalam usia 26 tahun iaitu Multi Millionaire Club (MMC) dengan meraih pendapatan melebihi RM 100,000 sebulan.
Murali Darvin juga merupakan pengasas yang telah menubuhkan kumpulan Bonafide Academy pada 21 Mei 2010. Dalam tempoh kurang daripada satu tahun rangkaian Bonafide telah berjaya memegang tempat pertama dikalangan ‘top 5 support centre’. 

Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Jason Kok Min Chong yang merupakan Group CEO & Presiden Kenshido International dan Kelvin Kok merupakan vice president Kenshido International kerana tanpa mereka, tentunya kejayaan yang di raih hari ini tinggal impian sahaja. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Ikon Kenshido International iaitu Aziz Abdul Samad kerana telah banyak member inspirasi kepada beliau dan juga kumpulan Bonafide. Tidak lupe juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua leader-leader hebat dan seluruh rangkaian kumpulan Bonafide kerana telah member sepenuh kepercayaan kepadanya untuk memimpin anda kearah kejayaan. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang tidak pernah luntur dari kedua ibu bapnya dan kepada Tuhan kerana member peluang kepada beliau untuk mencapai kejayaan. Berpegang kepada kata-kata dari Group CEO & Presiden Kenshido International iaitu En. Jason Kok Min Chong kepada beliau iaitu “DALAM KENSHIDO TIADA KEGAGALAN, TETAPI KEJAYAAN AKAN TETAP TIBA DENGAN USAHA YANG BERTERUSAN”.

Diakhir tebual berlangsung, beliau telah member kata-kata kepada ahli kumpulannya iaitu “BERILAH YANG TERBAIK KEPADA IBU BAPA KAMU, KERANA TANPA MEREKA SIAPALAH KAMU” & “BUKAN SALAH  KITA JIKA DILAHIRKAN MISKIN, TAPI SALAH KITA JIKA MATI KEMISKINAN”. Kata-kata semangat ini di laungkan oleh seratus orang rangkaiannya yang turut sama member sokongan sewaktu temubual berlangsung. “BONAFIDE WE FIGHT” Hebat!.

 Keyakinan....

Murali Darvin bersama Sifu Aziz...

Sunday, 13 May 2012

Jutawan Score A dalam masa 17 bulan



Dr. Karthigaesu Muthaya atau lebih mesra dikenali sebagai Dr.K adalah salah seorang usahawan yang berjaya dalam bidang e-learning yang telah dinobatkan sebagai 'Crown Manager' dalam Kenshido. Dr.K juga merupakan salah seorang ahli di dalam Kenshido Multi Millionaire Club. Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di Kulim, Kedah. Beliau telah memulakan pengajian di Unniversiti Pertanian Malaysia (UPM) di dalam jurusan Pembangunan Sumber Manusia. Selepas berjaya mencapai M.Sc dalam jurusan tersebut beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Napier, Scotland- Phd dalam 'Future Strategy in Higher Education'. Selepas menamatkan pengajian beliau, Dr.K telah memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Lim Kok Wing of Creative Technology dan dalam tempoh yang singkat beliau telah mengetuai institusi pembelajaran perniagaan dalam institusi pengajian tinggi swasta cemerlang di Malaysia.
 
Dengan pengetahuan yang begitu meluas di dalam bidang pendidikan sumber manusia dan strategi pengurusan keusahawanan, Dr. K telah menceburi dan melibatkan diri secara langsung dalam program e-Learning atau lebih dikenali dengan nama ‘SCORE A’. Dan setelah 17 bulan menjalankan perniagaan ini, beliau telah dinobatkan sebagai ‘Jutawan’ dan sehingga ini, beliau masih lagi aktif membantu dan memberi tunjuk ajar kepada setiap golongan bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan – usahawan berjaya.
Untuk berjaya seorang usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu berani mengambil risiko dan menghadapi cabaran. Inilah yang dilakukan oleh Dr. K. Beliau telah menentang semua kemungkinan dan mengambil risiko bagi menghadapi cabaran dalam perniagaan dengan membantu rangkaiannya mendapat ilmu pengetahuan, perkembangan dan inovasi bagi kemajuan dan keselesaan dalam hidup mereka.

Semasa Program ‘Score A’ diperkenalkan, Dr. K yang sememangnya di dalam bidang akademik telah melihat potensi program yang unik ini begitu meluas. Dengan ilmu yang ada, beliau segera memutuskan untuk menyertai Kenshido International bagi turut sama mempromosikan Program ‘Scora A’ dengan satu matlamat yang mulia, membantu para pelajar meningkat dalam pembelajaran dan mendapat keputusan yang lebih baik dan cemerlang.

Hari silih berganti. Berkat hasil usaha dan kerja keras Dr. K, hari ini rangkaian beliau berkembang dengan pesat. MindWealth merupakan salah satu rangkaian yang terbesar di dalam Kenshido International. Dr. K dengan gembiranya mengembara ke seluruh Tanah Air bagi membantu dan menyokong semua rangkaian beliau tidak kira lama atau baru. Beliau seringkali member latihan dan tunjuk ajar kepada rangkaiannya tidak mengira waktu, tidak memilih bangsa. Semangat 1 Malaysia yang ditonjolkan ini menguatkan lagi ikatan persaudaraan di dalam rangkaian beliau.

Rahsia kejayaan Dr. K disebabkan kepercayaan. Beliau sentiasa percaya pepatah Peter Drucker bahawa ‘Jalan terbaik meramalkan masa depan adalah dengan mewujudkannya’. Jika setiap individu mempercayainya nescaya masa depan setiap orang pasti berjaya.

Menggapai impian Jutawan...

Gambar bersama Puan Monaliza


Encik Farid cuba bersalaman dengan sifu Aziz...

Saya sangat kagum dengan sepasang suami isteri ini yang penuh dengan jiwa semangat mereka. Beliau adalah Puan Monaliza dan Encik Fareed Gereek. Menurut Puan Monaliza, pada peringkat permulaan bersama dengan perniagaan ini, beliau terpaksa berulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk mempelajari cara dan bagaimana untuk menjalankan perniagaan MLM ( Meniaga Lain Macam) ini kerana inilah syarikat Network Marketing pertama yang diceburi sepanjang hidupnya.

Dan bermula dari saat itulah beliau bertemu dengan dua insan hebat lagi istimewa tidak lain tidak bukan Sifu Aziz Abd Samad dan Jutawan muda Tn.Haji Imran Abdul Hadi. Beliau juga sentiasa ingat akan kata-kata sifu, matlamat tak menghalalkan cara dan jangan bina istana atas kuburan orang lain. Tanpa menoleh ke belakang, Puan Monaliza terus bersama-sama uplinenya iaitu Pn.Zakiah, En.Shah Jutawan muda Tn.Haji Imran.

Suaminya pula, lebih dikenali dengan En.Fareed sememangnya cukup menyampah dengan Multi Level Marketing. Pada masa tersebut beliau sangat berfikiran negatif dan sempit kerana tidak pedulikan soal duit, maklumlah beliau mempunyai perniagaan catering sendiri yang agak berjaya tetapi selpas menghadirkan diri ke seminar usahawan wave ke5 anjuran Sifu Aziz Samad dan Jutawan muda Tuan Haji Imran, barulah beliau menyedari industri ini sangat mulia dan murni. Menurut beliau, dahulu semasa berniaga, wang memang tiada masalah tetapi beliau tidak mempunyai masa. Banyak masa dihabiskan untuk menguruskan perniagaan.Malah terpaksa melayan kerenah pekerja yang bermacam ragam. Baginya perniagaan seperti ini memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.Tetapi kini, dengan hanya modal yang sangat rendah, tidak memrlukan pengalaman, tidak memerlukan pendidikan yang tinggi dan juga telah menarik minat beliau untuk melakukannya secara komited. Kelebihan produk yang sangat unggul dan unik serta diiktiraf oleh tiga belas menteri kabinet dan juga didorong oleh syarikat yang sudah kukuh dan mantap, ditambah pula oleh pelan pemasaran yang telah diiktiraf kepatuhan syariah dan berada di kumpulan yang betul. Tanpa memikir panjang dan dengan pantas, beliau terus bersama dengan isteri tercinta, Puan Monaliza Mat Tahir dan terus berusaha tanpa mengenal erti penat untuk terus menimba ilmu. Selepas dua tahun berada di dalam Program Score A ini, kami telah dinobatkan sebagai jutawan. Namun yang lebih penting, matlamat utama mereka adalah melahirkan lebih ramai jutawan dalam rangkaian.

Thursday, 10 May 2012

Siapa kita dulu tak penting....!!


Jutawan Muda...En.Mohd Faiz

Dari bulan ke bulan, dari tahun berganti tahun pun tidak berubah...Malah ada yang kene buat bajet setiap hari, biasalah kan? Tetapi mereka begitu senang memberi alasan apabila peluang menghampirinya. Sedangkan kebanyakan kita semua mengetahui bahawa 9/10 punca rezeki adalah dari sumber perniagaan. Buktinya apabila kita melihat orang-orang kaya, jutawan dan sebagainya. Mereka menjadi kaya serta berkehidupan mewah adalah melalui bidang perniagaan. Kali ini, Multi Millionaire Club (MMC) iaitu En.Mohamad Faiz & NoorLyana Aziz..inilah jutawan muda Score A Programme..Menurut mereka, jelas untuk menjadi kaya dan berjaya dari segi kewangan adalah dengan berniaga.Persoalannya, perniagaan apa yang nak dilakukan bagi kita yang serba kekurangan..Kebanyakkan perniagaan bukan sahaja memerlukan ilmu dan pengalaman, malah perlukan modal yang besar, perlu kenalan dan lokasi perniagaan yang strategi. Jadi adakah anda mempunyai semua ini..?Kalau tidak ada, lupakan sahaja hasrat untuk bersaing di dunia korporat. Bukan untuk menakutkan anda, tetapi inilah hakikat sebenar jika benar anda ingin mulakan perniagaan konvensional. Atas faktor di atas, maka Network Marketing adalah medium yang paling sesuai untuk dijadikan platform yang terbaik bagi orang miskin untuk mengubah ke arah yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang.

"Siapa kita dulu tak penting!" itulah ungkapan keramat multi millionaire ini yang sentiasa di pegang dan laungkan sehingga saat ini. Ungkapan itu jugalah yang membuatkannya jadi seperti sekarang iaitu orang yang berjaya. " Saya dilahirkan bukanlah dari keluarga hartawan ataupun bangsawan. Saya hanyalah insan biasa seperti majoriti manusia yang lahirnya dari orang kebanyakkan."

Beliau merupakan anak kedua dari lapan beradik dan dibesarkan di PPR yang sewa bulanannya hanya RM128 yang adakalanya ibubapa terpaksa menangguh bayaran sewa atas masalah kewangan yang dihadapi. Beliau berkelulusan SPM dan pernah bekerja di sebuah syarikat insurans sebagai seorang kerani fail dengan pendapatan RM1000 sebulan. Baginya ia bukanlah satu angka yang besar untuk meringankan beban keluarga. Pada sebelah malam pula, beliau bekerja part-time sebagai "Tayarman" iaitu tukang tukar tayar pancit di sekitar Damansara semata-mata untuk mencari duit tambahan, itupun bukanlah pada setiap malam. Bagaimanapun, beliau telah berhenti kerja tersebut selepas mengalami sebuah kemalangan. Baginya, dugaan yang dihadapi amatlah besar dan niat di hati untuk meringankan beban kedua ibu bapa tetapi sebaliknya.
Gambar bersama isteri tercinta.....

Apa pun, beliau sangat bersyukur kerana desakan, dorongan dan semangat yang diberikan oleh insan yang bernama Noorlyana Binti Abdul Aziz(isterinya) yang bertungkus lumus mahu dirinya merebut peluang ini. Sebelum bersama dengan peluang ini, kami elah melakukan pelbagai aktiviti untuk menampung keluarga seperti menjual air dan makanan ringan di Dataran Merdeka pada setiap kali keraian diadakan di situ. Kini mereka menjadikan perniagaan Score A ini  sebagai kerjaya tetap. Tidak pernah kenal erti jemu dan penat kerana di Score A Programme lah bermulanya Revolusi dalam kehidupan mereka.

"Tuntutlah Ilmu dari dalam buaian sehingga hari kematian"





Sifu Haji Imran (multi Millionaire Edata Network) bersama Mr.Jason Kok Min Chong, Group CEO & President semasa majlis anugerah kecemerlangan pelajar UPSR dan PMR.


Gambar di bawah ini sekadar perhiasan..ia diambil sebelum sifu ingin berangkat ke Makkah. Waktu ni ramai sangat yang sedih kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan guru...hehehe...




Sewaktu Tuan Haji Imran ingin berangkat ke Makkah menunanaikan ibadah Umrah


Bergambar bersama Tuan Haji Imran sebelum berangkat ke Makkah



Umrah HambaMu Allah....



Beliau merupakan pembakar semangat saya dan dia adalah antara insan yang menjadi idola saya. Kenali diri dan kenali potensi diri kita yang bergelar manusia. Tanyakan diri kita persoalan berikut: "Siapa diri kita?Apakah tujuan kita dihidupkan?Kemana hendak dibawa diri kita selepas ini? sesungguhnya dunia diciptakan untuk akhirat. Kalau kita mengejar dunia sahaja nescaya ia akan jauh dari kita, tetapi sekiranya kita mengejar akhirat nescaya dunia yang akan menghampiri kita. Keperluan dan tujuan hidup seorang manusia iaitu unginkan kebahagiaan, kejayaan, dan kekayaan, akan ada dalam genggamannya sekiranya dia faham akan amanah yang akan digalasnya. Tuan Haji Muhammad Imran Abdul Hadi adalah Multi Millionaire club (MMC) Score A.Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dengan ibunya yang tercinta sebagai suri rumah dan ayah adalah mantan Timbalan CEO sebuah syarikat korporat.Beliau mempunyai 6 orang adik beradik dan sangat rapat serta dibesarkan dengan penekanan diberikan kepada pendidikan Islam dan sekular. Keduanya diseimbangkan sehingga mereka mendapat pencapaian yang baik di dalam akademik mahupun kurikulum. Walaupun boleh dilimpahi dengan kemewahan tetapi menurutnya, mereka diajar untuk mencapai sesuatu yang diinginkan, usaha gigih yang berterusan perlu dilakukan agar dapat menghargai dan mensyukurinya kelak. Pendapatan beliau sekarang adalah sebanyak RM200 ribu sebulan. Matlamat beliau adalah ingin melahirkan jutawan seramai 20 orang pada tahun ini. Menurutnya, orang yang berjaya adalah mereka yang memenangi pertarungan dengan diri sendiri setiap hari. Bicara dengan diri dan hatimu setiap masa. Lakukanlah 'positive affirmation' agar minda, hati, dan diri sentiasa positif dan sekaligus memenangi ujian serta cabaran getir yang melanda.

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH....LAWAN TETAP LAWAN...KAWAN SAMPAI JUTAWAN...!!!!!!!!!!!

Penuh....Majlis Anugerah Pelajar cemerlang di PICC, Putrajaya bersama Tuan Haji Imran


PELUANG JADI JUTAWAN





Ha kawan-kawan…kali ini saya nak cerita tentang seorang insan yang sangat saya kagumi. Aziz Samad merupakan Sifu dan Ikon jutawan score A. Melihat pada kredibiliti Sifu Aziz yang diangkat sebagai idola dan sifu oleh rakan niaga di Score A, jelas menunjukkan beliau bukan calang-calang orangnya. Meskipun tutur katanya bernada sederhana, namun penyampaiannya padat dan penuh dengan keyakinan. Tidak hairanlah pacuan semangat dari beliau mampu mencetus semangat membara untuk rakan-rakan lain Berjaya bersama Score A. Bercakap soal kejayaan umpamanya, menurut beliau kejayaan itu adalah milik setiap orang yang kuat berusaha untuk menjadi manusia yang berjaya. Dalam erti kata lain, orang-orang biasa juga boleh berjaya malah mungkin lebih berjaya dan menjadi luar biasa sekiranya semangat mereka itu diseiringkan dengan usaha tanpa putus. Bersama Score A, mereka yang memilih untuk bersama-sama dibawah payung Kenshido International Sdn.Bhd ini, bukan sahaja berpeluang menjana pendapatan malahan patut berbangga kerana syarikat ini mempunyai produk yang sangat berguna sampai bila-bila iaitu ilmu. Tidak hairanlah, rakan niaga bertaraf jutawan di Kenshido ini rata-ratanya mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan.

"Sewaktu mula diperkenalkan dengan produk ini, saya memandangkan Score A sebagai satu produk yang sangat berguna kerana ia memberikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak. Peliknya sesetengah sikap manusia ini, rumah, makanan, pakaian dan handphone dijadikan keperluan wajib. Tetapi soal pendidikan anak-anak dipandang sinis dan dipandang ringan.Kenapa tidak masukkan sekali pendidikan ini sebagai salah satu daripada perbelanjaan wajib bagi setiap keluarga? Pendidikan yang ditawarkan di Score pun, bukan sahaja memberikan ilmu tetapi juga memberi peluang untuk menjana pendapatan melalui duit yang telah anda gunakan sebagai modal untuk mendapatkan produk Score A ini."
Menurut beliau, sejak usianya belasan tahun lagi, dia ingin sekali mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan MLM. Ketika itu, yang difahaminya hanya satu iaitu MLM adalah satu cabang perniagaan yang mampu menjadikan seseorang itu sebagai jutawan.
Beliau juga pernah menyertai 9 buah syarikat yang menjalankan perniagaagn berangkaian, Aziz mengakui Score A adalah perniagaan yang terbaik diceburinya, Produk bercirikan pendidikan ini, amat dibanggakan Sifu Aziz.


 Mr.Jason besrama Sifu Aziz

Sifu bersama isterinya...

Memartabatkan pendidikan Memperkasakan ekonomi

Meriah....suasana ketika penyampaian SAMA dan MASTERPIECE GOLD


Hadirin yang hadir pada hari Seminar Usahawan Wave ke-5 (SUW5)

Bersama rakan seperjuangan di MAjlis Anugerah Pelajar Cemerlang, MAPC
Majoriti orang tidak minat buat networking, tapi semua orang minat dan te.rpaksa buat duit untuk keperluan dan kehendak kehidupan. Bila sebut sahaja Network Marketing atau MLM, berbagai tanggapan buruk bermain di minda mereka yang mendengarnya. “Sistem Piramid, Skim Cepat Kaya, Jualan Langsung, head hunting, ponzi dan bermacam- macam lagi pandangan negatif.” Itulah ungkapan yang sering didengar apabila cuba diperkenalkan kepada orang ramai atau prospek. Dan kebanyakan prospek menggambarkan seolah-olah MLM tidak sah di sisi undang- undang serta mengandungi elemen penipuan yang melibatkan ratusan juta ringgit. Bagi menghadapi era globalisasi yang serba mencabar ini ramai di antara kita yang membuat keputusan untuk mencari pendapatan sampingan. Atas dasar tersebut maka lahirlah pelbagai skim perniagaan seperti perniagaan berbilang tingkat, perniagaan berangkai, skim cepat kaya dan pelbagai lagi skim yang mungkin kita tidak tahu akan kesahihannya di dalam bidang perundangan dan yang halal dalam perspektif Islam.



Bergambar bersama rakan-rakan...


Puan Adrina, Sifu Imran Abdul Hadi, En.KhairulNizam