Kerjasama....dari kiri, Sifu Aziz Abd Samad, Mr.Jason Kok dan Mr.Murali Darvin
Pada umur 27 tahun beliau telah pun berjaya memperoleh
pendapatan terkumpul melebihi RM 2 juta dan mempunyai asset berupa dua buah
rumah, sebuah rumah kedai, sebuah kereta Mazda RX8 dan berbagai lagi yang
bernilai juga melebihi RM 2 juta. Kehebatan luar biasa dan juga aura anak muda
terserlah tatkala di temubual oleh wartawan Media Sukses di Sunway Borneo
Rainforest. Beliau yang juga menyandang pangkat Multi Millionaire Club (MMC) di
syarikat Kenshido International merupakan Multi Millionaire yang termuda.
Murali Darvin atau nama panggilannya adalah anak bongsu
daripada 3 orang adik – beradik inni telah memulakan kerjaya pertamanya pada
umur 15 tahun sebagai house keeping di Sunway Resort dengan pendapatan pertama
RM 4 Setiap jam. Seterusnya pada umur 18 tahun beliau telah bekerja di Dome
Café sebagai seorang pelayan dan memperoleh Rm 1,200 sebulan. Pada umur 19
tahun pula beliau mula berkhidmat di sebuah syarikat francais iaitu Domino’s
Pizza sebagai staff biasa dengan pendapatan RM 1,300 sehingga diberi
tanggungjawab untuk memegang jawatan Call Centre Manager pada umur 22 tahun
dengan bayaran RM 1,800 sebulan. Dengan berkat kesabaran beliau berjaya membeli
sebuah Produa Kancil pada waktu itu. Beliau juga pernah berkhidmat di EDS
bertempat di Cyber Jaya sebagai IT Support Executive selama 6 bulan dengan
pendapatan RM 2,200 sebulan juga mampu memiliki sebuah Proton Waja.
Pada Hari ini, dengan usaha gigih dan berkat sokongan dari
kedua ibu bapa beliau kini mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM 100, 000
sebulan. Beliau memulakan perniagaan bersama Kenshido ini pada bulan jun 2008.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mr. Vivkneswaren yang telah
mengenalkan perniagaan ini kepada beliau. Pada bulan jun 2008 juga beliau telah
berhenti kerja dan memulakan perniagaan ini sepenuh masa. Dengan modal awal
sebanyak RM 1,788 yang dipinjam daripada 7 orang kawan.
Berkat usaha yang gigih beliau telah berjaya meraih
pendapatan sebanyak RM 12,000 hanya dalam tempoh empat bulan pertama. Pada
bulan Disember 2008 beliau telah berjaya memegang jawatan Crown Manager yang
termuda dengan pendapatan RM 25,000 sebulan. Pada Bulan jun 2009 beliau sekali
lagi mencipta sejarah dengan menempatkan diri dikalangan Kenshido Millionaire
Club (KMC) pada usia 24 tahun dan memperoleh pendapatan bulanan lebih RM 80,000
sebulan. April 2011 sekali lagi sejarah dicipta apabila beliau berjaya berada
di kalangan jutawan-jutawan hebat dalam usia 26 tahun iaitu Multi Millionaire
Club (MMC) dengan meraih pendapatan melebihi RM 100,000 sebulan.
Murali Darvin juga merupakan pengasas yang telah menubuhkan
kumpulan Bonafide Academy pada 21 Mei 2010. Dalam tempoh kurang daripada satu
tahun rangkaian Bonafide telah berjaya memegang tempat pertama dikalangan ‘top
5 support centre’.
Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Jason Kok Min
Chong yang merupakan Group CEO & Presiden Kenshido International dan Kelvin
Kok merupakan vice president Kenshido International kerana tanpa mereka,
tentunya kejayaan yang di raih hari ini tinggal impian sahaja. Ucapan terima
kasih yang tidak terhingga juga kepada Ikon Kenshido International iaitu Aziz
Abdul Samad kerana telah banyak member inspirasi kepada beliau dan juga
kumpulan Bonafide. Tidak lupe juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua leader-leader hebat dan seluruh rangkaian kumpulan Bonafide kerana
telah member sepenuh kepercayaan kepadanya untuk memimpin anda kearah kejayaan.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang
tidak pernah luntur dari kedua ibu bapnya dan kepada Tuhan kerana member
peluang kepada beliau untuk mencapai kejayaan. Berpegang kepada kata-kata dari
Group CEO & Presiden Kenshido International iaitu En. Jason Kok Min Chong
kepada beliau iaitu “DALAM KENSHIDO TIADA KEGAGALAN, TETAPI KEJAYAAN AKAN TETAP
TIBA DENGAN USAHA YANG BERTERUSAN”.
Diakhir tebual berlangsung, beliau telah member kata-kata
kepada ahli kumpulannya iaitu “BERILAH YANG TERBAIK KEPADA IBU BAPA KAMU,
KERANA TANPA MEREKA SIAPALAH KAMU” & “BUKAN SALAH KITA JIKA DILAHIRKAN MISKIN, TAPI SALAH KITA
JIKA MATI KEMISKINAN”. Kata-kata semangat ini di laungkan oleh seratus orang
rangkaiannya yang turut sama member sokongan sewaktu temubual berlangsung.
“BONAFIDE WE FIGHT” Hebat!.
Keyakinan....
Murali Darvin bersama Sifu Aziz...