Monday, 14 May 2012

Murali Darvin “Jutawan Di Usia 24 Tahun”

Kerjasama....dari kiri, Sifu Aziz Abd Samad, Mr.Jason Kok dan Mr.Murali Darvin

Pada umur 27 tahun beliau telah pun berjaya memperoleh pendapatan terkumpul melebihi RM 2 juta dan mempunyai asset berupa dua buah rumah, sebuah rumah kedai, sebuah kereta Mazda RX8 dan berbagai lagi yang bernilai juga melebihi RM 2 juta. Kehebatan luar biasa dan juga aura anak muda terserlah tatkala di temubual oleh wartawan Media Sukses di Sunway Borneo Rainforest. Beliau yang juga menyandang pangkat Multi Millionaire Club (MMC) di syarikat Kenshido International merupakan Multi Millionaire yang termuda.

Murali Darvin atau nama panggilannya adalah anak bongsu daripada 3 orang adik – beradik inni telah memulakan kerjaya pertamanya pada umur 15 tahun sebagai house keeping di Sunway Resort dengan pendapatan pertama RM 4 Setiap jam. Seterusnya pada umur 18 tahun beliau telah bekerja di Dome Café sebagai seorang pelayan dan memperoleh Rm 1,200 sebulan. Pada umur 19 tahun pula beliau mula berkhidmat di sebuah syarikat francais iaitu Domino’s Pizza sebagai staff biasa dengan pendapatan RM 1,300 sehingga diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan Call Centre Manager pada umur 22 tahun dengan bayaran RM 1,800 sebulan. Dengan berkat kesabaran beliau berjaya membeli sebuah Produa Kancil pada waktu itu. Beliau juga pernah berkhidmat di EDS bertempat di Cyber Jaya sebagai IT Support Executive selama 6 bulan dengan pendapatan RM 2,200 sebulan juga mampu memiliki sebuah Proton Waja.

Pada Hari ini, dengan usaha gigih dan berkat sokongan dari kedua ibu bapa beliau kini mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM 100, 000 sebulan. Beliau memulakan perniagaan bersama Kenshido ini pada bulan jun 2008. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mr. Vivkneswaren yang telah mengenalkan perniagaan ini kepada beliau. Pada bulan jun 2008 juga beliau telah berhenti kerja dan memulakan perniagaan ini sepenuh masa. Dengan modal awal sebanyak RM 1,788 yang dipinjam daripada 7 orang kawan.

Berkat usaha yang gigih beliau telah berjaya meraih pendapatan sebanyak RM 12,000 hanya dalam tempoh empat bulan pertama. Pada bulan Disember 2008 beliau telah berjaya memegang jawatan Crown Manager yang termuda dengan pendapatan RM 25,000 sebulan. Pada Bulan jun 2009 beliau sekali lagi mencipta sejarah dengan menempatkan diri dikalangan Kenshido Millionaire Club (KMC) pada usia 24 tahun dan memperoleh pendapatan bulanan lebih RM 80,000 sebulan. April 2011 sekali lagi sejarah dicipta apabila beliau berjaya berada di kalangan jutawan-jutawan hebat dalam usia 26 tahun iaitu Multi Millionaire Club (MMC) dengan meraih pendapatan melebihi RM 100,000 sebulan.
Murali Darvin juga merupakan pengasas yang telah menubuhkan kumpulan Bonafide Academy pada 21 Mei 2010. Dalam tempoh kurang daripada satu tahun rangkaian Bonafide telah berjaya memegang tempat pertama dikalangan ‘top 5 support centre’. 

Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Jason Kok Min Chong yang merupakan Group CEO & Presiden Kenshido International dan Kelvin Kok merupakan vice president Kenshido International kerana tanpa mereka, tentunya kejayaan yang di raih hari ini tinggal impian sahaja. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Ikon Kenshido International iaitu Aziz Abdul Samad kerana telah banyak member inspirasi kepada beliau dan juga kumpulan Bonafide. Tidak lupe juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua leader-leader hebat dan seluruh rangkaian kumpulan Bonafide kerana telah member sepenuh kepercayaan kepadanya untuk memimpin anda kearah kejayaan. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang tidak pernah luntur dari kedua ibu bapnya dan kepada Tuhan kerana member peluang kepada beliau untuk mencapai kejayaan. Berpegang kepada kata-kata dari Group CEO & Presiden Kenshido International iaitu En. Jason Kok Min Chong kepada beliau iaitu “DALAM KENSHIDO TIADA KEGAGALAN, TETAPI KEJAYAAN AKAN TETAP TIBA DENGAN USAHA YANG BERTERUSAN”.

Diakhir tebual berlangsung, beliau telah member kata-kata kepada ahli kumpulannya iaitu “BERILAH YANG TERBAIK KEPADA IBU BAPA KAMU, KERANA TANPA MEREKA SIAPALAH KAMU” & “BUKAN SALAH  KITA JIKA DILAHIRKAN MISKIN, TAPI SALAH KITA JIKA MATI KEMISKINAN”. Kata-kata semangat ini di laungkan oleh seratus orang rangkaiannya yang turut sama member sokongan sewaktu temubual berlangsung. “BONAFIDE WE FIGHT” Hebat!.

 Keyakinan....

Murali Darvin bersama Sifu Aziz...

No comments:

Post a Comment